Menaiktaraf
Ekonomi & Pendidikan
Daftar Ahli Hubungi Dpmp home1-slider-2 home1-slider-3 home1-slider-3
Tentang DPMP

Dari Mata Hati Presiden

Dewan Perhimpunan Melayu Perak atau ringkasnya DPMP ditubuhkan diatas 2 faktor :-

1.  Pertama bagi meningkatkan taraf pendidikan umat Melayu dengan memberi kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan disamping menanamkan sifat Jati Diri agar kukuh dan mantap.

2. Kedua, meningkatkan taraf ekonomi umat Melayu melalui Kempen “Undi Ringgit” yang dibelanjakan sesama sendiri.

Sejak merdeka hingga kini jurang ekonomi dan pendidikan umat Melayu menjalani perubahan peningkatan yang amat kecil jika dibendungkan dengan Bangsa-Bangsa lain. Diatas kesedaran ini, DPMP terpanggil untuk berusaha dan mencari jalan bagi meningkatkan taraf ekonomi umat Melayu.

DPMP juga berikrar untuk menanam sifat Jati Diri yang kukuh agar maruah umat Melayu terbela. Melalui Jati Diri yang kukuh umat Melayu boleh bersatu, saling bantu membantu dan menyayangi antara satu sama lain dan pada akhirnya apa sahaja yang kita buat bangsa kita diutamakan terlebih dahulu.

Akhir kata, saya memanjatkan doa kehadrat Allah S.W.T agar DPMP akan terus Istiqomah dalam menjayakan Visi dan Misinya.

Dato’ Zahar Bin Hashim
Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Perak (DPMP)

????????????????????????????????????
image-layers-1-03
image-layers-1-04
image-layers-1-05
Dewan Perhimpunan Melayu Perak

Objektif Utama