Kelulusan permohonan akan dibuat oleh mensyuarat ahli Majlis Tertinggi DPMP dan kelulusan penuh disahkan selepas pembayaran yuran dibuat. Anda boleh menghubungi pejabat sekretariat melalui saluran di halaman ini (klik di sini).
Cara Pembayaran Keahlian
Pembayaran Secara Atas Talian
Pihak DPMP telah menyediakan pembayaran secara atas talian. Pembayaran secara atas talian boleh menerima pembayaran melalui FPX iaitu "online banking" bank-bank di seluruh Malaysia dan turut menerima pembayaran dengan menggunakan kredit kad atau debit kad yang mempunyai logo VISA atau MASTERCARD sahaja. Sila bawa salinan resit pembayaran semasa pendaftaran
Pembayaran Secara Tunai
Pembayaran secara tunai boleh dibuat di ibu pejabat Dewan Perhimpunan Melayu Perak
Pembayaran Melalui DuitNow
Pihak DPMP telah menyediakan pembayaran dengan lebih pantas dan mudah serta cekap iaitu melalui imbasan kod QR atau lebih dikenali sebagai DuitNow. Jika berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, sila tekan pautan "DuitNow".